Wednesday, December 15, 2010

Wahh style Dato' Siti!

Dia telah menentukannya..Kita bertemu dan bercinta..Inilah oh takdirnya..Bukan kerana harta..Inilah citra cahaya cinta....oh syahdunya kan lagu ni..ha ni antara lagu favourite saya..hmm suka sangat suara Dato' Siti..merdu! O.k kalau suka jugak dengan style beliau..apa kata kita usha tudung ala2 Dato' Siti ni..Glamour!

Oh,boleh pakai dengan anak tudung..so..rambut pun tak nampak

Fulamak!memang cun=)

So, apa tunggu lagi?jom pakat2 order di butik

Love at First Sight!

Salam semua...
Ha ni entry Tudung Ala Ariani lagi..saya suka la dengan koleksi tudung2 ni..nampak lain dari yang lain..kalau awning yang tak plain macam ni,maknanya boleh la match dengan baju kita yang bercorak atau pun plain..hmm berbaloi=)
Purple tetap di hatiku
Nice:)
Sape suke pink???
Jatuh cinta dengan Embroidery Instant Hijab ni semua? ayuh kita shopping ramai2 kat butik Hijab Store =)

Thursday, December 9, 2010

Masihkah kau ingat?

Satu ketika dulu..(tak la lama sangat)..muslimah-muslimah cun negara kita kaya dengan tudung bawal dalam almari..hehehe..termasuk saya;) Tapi lepas dilanda tsunami shawls..tudung ekin la..akhirnya tudung-tudung bawal saya dah jadi koleksi muzium peribadi..tapi masih ada di luar sana yang tetap selesa memakai tudung bawal ini tau..ha apa kata kita usha koleksi tudung bawal unik ni..semuanya diimport dari Indonesia..harga pun murah je
Comelkan?corak n model nye sekali;)
Ada yang berkenan? eh banyak lagi la di butik WannaLookFabulous ;)

Wednesday, December 8, 2010

OMG!It's LV..Coach..Dior!

Selamat tengahari kawan2..ha masak pe hari ni?yang bekerja, dah lunch ke?ha ni time untuk shopping le pulak..jom tengok koleksi branded shawls dari butik Dress Me Up nie..lawa-lawa...
Wow..LV maa..
Brand Dior
I Love Coach!
Cun kan?ha banyak lagi tau yang menarik di butik ini..jom klik

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah 1432..

Wahh dah beberapa hari berlalu tanpa saya menulis di blog ni..jadi, hari ni saya nak nyanyi..jom ikut saya ye;) 1 Muharam detik permulaan..Perkiraan tahun Islam hijrah..Perpindahan Nabi dan umat Islam..Dari kota Mekah ke kota Madinah..(ha best tak saya nyanyi?kalo best,jgn lupa jemput kenduri mana2..bleh saya buat free show..wawawa) ni nasyid yang begitu sinonim kan dengan kita tatkala menjelangnya awal Muharram?so,dah tahun baru la..apa azam anda??mungkin ada yang nak perbaiki diri..ye la kita ni selalu alpa..improve kan diri ke arah yg jauh lebih baik..kalo macam tu,alhamdulillah..sejuk perut mak kita mengandungkan kita.
O.k..hari ni saya nak pinjam title 'ustazah' jap ye..hehehe.sebabnya nak tulis sikit pasal nasihat Luqman al-Hakim..tau dak sapa dia Luqman al-Hakim ni??haa..beliau ni rupenye anak saudara Nabi Ibrahim a.s dan dikatakan juga beliau ni anak saudara Nabi Ayub a.s...
Luqman Al-Hakim ni sungguh kaya dengan ketokohannya sehingga Allah mengangkatnya sebagai salah sebuah nama surah dalam Al-Quran.
so,kat sini kawan2,,saya nak share 1 nasihat beliau kepada anaknya yang saya rasa sungguh terkesan di hati saya (serius)..semuanya ada 25 nasihat dan saya fikir tak tertulis pula di sini..ia berbunyi macam ni :

 "Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH"..

Bila saya baca je bait-bait nasihat tu,saya termenung panjang..saya mula teringat pada arwah rakan  yang telah pun pergi meninggal kan dunia ni seawal usia 19 tahun.Bila saya tengok berita di tv..ada yang meninggal dunia disebabkan tragedi kemalangan..berdarah-darah..eee ngeri!terlintas di kotak fikiran..apakah bekalan mereka untuk ke 'sana'?bagaimana pula keadaan mereka kini di alam ghaib sana?dan berbalik kepada diri saya..apakah bekalan yang saya sedang buat untuk ke 'sana'?saya masih ada waktu kerana Allah yang masih memberi peluang..harapan : saya nak naik sampan yang ada TAKWA,IMAN & TAWAKAL supaya saya tak karam di dunia mahu pun akhirat..pesan untuk diri sendiri : janganlah kita karam di dunia ini yang bagaikan lautan yang bersedia menelan kita waktu kita leka..yang penting bak kata Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood, "ANDA BUAT, ANDA DAPAT"..;)

Saturday, December 4, 2010

Almari sesak???

Cuba tengok dalam almari anda atau pun di dalam bilik la..ha berapa puluh helai tudung/shawl/inner dah yang anda ada?ape?mak aii..banyaknye..ok ok rahsia=p...eh tudung ala ariani tu awak letak macam tu aje?nanti kemikla 'awning' nye..la shawl tu plak main letak aje..ish bersepah laa..sebelum mata anda sesak dengan koleksi tudung/shawl/inner yang ada tu..baik la beli hanger tudung macam nii...



(Banyak warna lagi..pilih pilih..)
(Koleksi lain di Chic Hijab)
Berminat? Jom layannn butik ChicHijab ;)

Wednesday, December 1, 2010

Santai mood;)

Wah suka nya bila buat entry mix n match ni..saya suka warna ala turqoise ni..ada 2-3 helai jugak koleksi baju warna cam ni..termasuk baju kurung..shawl pun ada..anda pulak camna?suka tak warna ni?eh ye memang betul..warna macam ni memang sesuai dengan orang yang berkulit cerah..(tapi saya takdek la cerah mana..hehe) mix n match kali ni, dress yang cantik tu dari butik Chantekdress..butik ni kan memang cute..dari shawl,dress sampaila ke owner nya sekali,cute!hehe..
ha yang Shawl Velvet tu pulak dari butik ShawLuver..banyak lagi pilihan warna..jom kita ke sana ;) (klik je nama butik-butik tu ye)..

New Blogshoppe In Da' House;)

Setiap hari ada saja butik online yang akan wujud. Macam-macam nama. Macam-macam jenis item yang akan dijual termasuklah pre-loved items, beg, kasut, baju fesyen korea, aksesori wanita la, kek pun ada...dannn..tudung juga. Bagi saya ini petanda baik. Bila dah ramai yang menjual online maknanya owner-owner lain akan ada persaingan. Masing-masing akan mencari kelainan dan cuba menawarkan servis terbaik untuk memenangi hati pelanggan online. Hasilnya, pelanggan atau sesiapa yang gemar membeli secara online termasuklah saya akan menerima item yang berkualiti dan mutu perkhidmatan yang baik. Tapi harus diingat, kalau servis baik, layanan owner pun o.k..item yang dapat tu pun superb..ha pelanggan akan bertukar menjadi ultraman tak tak..menjadi return customer..tapiii kalau servis no good no good..sikap owner yang acuh tak acuh saje..item yang dibeli pun no good no good..hmm sorry la..takdeknye nak jadi return customer..
Fuhh,,dah puas saya berleter(dah lama ni tak berleter panjang) nasibla anda pulak yang kena;p..skang jom kita tengok ada 2 online boutique baru yang saya nak ketengahkan di sini ; selamat berjaya kepada mereka..

Butik E-Shop @ Ladyburd
(Ada jual biskut jugak tau kat sini..jgn lupe klik)

De\
Butik De' Wanie
(Saya ingatkan Fasha Sandha rupenye Cik Wanie..cute;
hijab kat situ juga boleh tahan..)